Apakah Bahaya Resdung ?

By Leave a comment

Setelah anda ketahui dan kenali akan penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang memungkinkan anda adalah salah seorang pengidap penyakit resdung. ((Baca artikel sebelum ini Apakah Yang Menyebabkan Resdung Dan Gejalanya? )

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka yang mengidap Resdung adalah :

  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata.
  • Jangkitan otak.
  • Sakit tekak yang kronik.
  • Jangkitan tulang muka.
  • Lelah yang kian teruk.
  • Berdengkur secara kronik.
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil.
  • Alahan hidung.
  • Selsema biasa yang melarat.

Komplikasi Resdung

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Berikut adalah komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit resdung:

1. Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung

Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:

  • Rehat yang cukup.
  • Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit (panadol).
  • Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
  • Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.
  • Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Tidak dinafikan komplikasi penyakit resdung amat merbahaya jika anda terus membiarkan simpton resdung tanpa diubati. Wealthy Wellness akan kongsikan kepada anda cara-cara mencegah resdung.  Jom baca Cara Mencegah Resdung sekarang.

Tagged under:

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.