Apakah Yang Menyebabkan Resdung & Gejalanya ?

By Leave a comment
Tanda tanda resdung

Apakah Yang Menyebabkan Resdung Dan Gejalanya?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus.  Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. (Baca artikel sebelum ini Apakah itu Resdung ?)

Sinusitis atau resdung biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang sering kita dengar bagi penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Kategori Resdung

Tanda resdung

Berikut adalah dua jenis kategori Resdung (Sinusitis)

1. Sinusitis Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.

Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :

Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. Sinusitis Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk.
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi.
  • Ada kalanya hidung tersumbat.
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah.
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala.
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Apakah Gejala Resdung ?

Berikut adalah gejala-gejala resdung (sinusitis)

  • Hidung selalu tersumbat.
  • Lendir dari hidung dan tekak.
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
  • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya.

Golongan mana yang berisiko menghidap resdung ?

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi untuk terkena Resdung:

  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung.
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para.
  • Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

Mereka yang berisiko ini haruslah mendapatkan bantuan segera agar penyakit resdung ini tidak melarat.
Wealthy Wellness ada menyediakn alternatif yang selamat untuk menyelesaikan masalah resdung anda.

Apakah bahaya resdung ? Baca sini

Tagged under:

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.