Info Tentang Resdung Yang Perlu Anda Tahu

By Leave a comment
3

Apa Itu Resdung ?

Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka sedang atau berisiko menghidap penyakit resdung. Menurut Dr. Ezairy (55 Soal Jawab Penyakit) sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia menghidap resdung dalam diam. Angka ini semakin meningkat saban hari.

Adalah menjadi tanggungjawab kami di Wealthy Wellness untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai bahaya resdung. Di dalam artikel ini, antara topik yang akan dibincangkan adalah :

1. Apakah Itu Resdung ?
2. Kenali Penyakit Resdung.
3. Apakah Yang Menyebabkan Resdung & Gejalanya ?
4. Apakah Bahaya Resdung ?
5. Apakah Punca Utama Penyakit Resdung ?
6. Cara Mencegah Resdung
7. Cara Merawat Resdung Secara Tradisional

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radang pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca resdung ialah Streptococcus & Staphylococcus (55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy, p201).

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali ‘sinusitis’.

Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Kenali Penyakit Resdung

 smell  demodex_folliculorum_2  demodex_folliculorum_1

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Baca juga : Apakah Yang Menyebabkan Resdung & Gejalanya ?

Tagged under:

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.